Renergist Sdn Bhd

Renergist Sdn Bhd ditubuhkan untuk membekalkan tenaga mahir dan berkemahiran tinggi di dalam industry minyak dan gas dan juga industri dasar laut untuk bekerja di pelantar minyak, platfom luar pesisir dan tapak pembinaan.

Diasaskan pada tahun 2015 dengan tujuan untuk menyediakan peluang pekerjaan dan sebagai pembekal sumber tenaga kerja terkemuka yang berdedikasi mengikut kehendak majikan dalam mencapai modus operandi yang cekap, selamat dan efisien di dalam industri minyak dan gas.

Kami menyediakan kontrak dan kakitangan luar pesisir dalam pelbagai disiplin teknikal untuk penerokaan, penggerudian dan syarikat pengeluar perkhidmatan di setiap pelusuk industri minyak dan gas.

Dengan sokongan dan kualiti juga tenaga kerja berpengalaman, Renergist Sdn Bhd akan melaksanakan semua projek dalam jangkamasa ditetapkan dalam memenuhi kehendak klien.

Renergist Sdn Bhd beroperasi di dalam sempadan system kualiti ISO yang diselaraskan dengan prosedur operasi yang diluluskan untuk kebanyakan pengendali minyak dan gas.